Rabu, 20 April 2011

Spinal Alignment


SPINAL ALIGNMENT:

Salah satu ilmu dalam Perubatan Attalaqqi ialah rawatan membetulkan tulang belakang.


SAKIT BELAKANG:
Apa kata para pengkaji
Bukti klinikal menunjukkan KAEDAH INI adalah selamat dan berkesan sepertimana juga kaedah-kaedah konvensional, yang mana melibatkan ubat-ubatan tahan sakit, rehat yang cukup dan senaman. Walau bagaimanapun sakit belakang (pinggang) biasanya akan beransur baik dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, sekalipun bagi pesakit yang langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan (bergantung kepada jenis sakit juga).
Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dengan sendirinya, namun dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walaubagaimanapun, rawatan seperti Spinal Alignment atau juga cara konvensional mungkin boleh melegakan diri kita sambil-sambil kita menunggu sistem tubuh badan kita menjalankan proses penyembuhan diri.
Apa yang perawat buat?

Konsep rawatan adalah membetulkan tulang belakang yang terhalang gerakkannya dan menyebabkan kesakitan serta mengurangkan keberkesanan fungsinya. Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang perawat gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakannya ini. Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.
Semasa penyelarasan, perawat akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian ‘pop’ dan ‘krak’ (insyallah tak patah, bunyi tulang selisih je).
Perawat juga mungkin akan mengurut dan membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama).
Adakah ianya selamat untuk semua orang?


Rawatan ini secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang. Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan ini adalah;
1. mereka yang mengidap ‘osteoporosis’ (tulang rapuh) atau ada simptom/tanda-tanda kerosakkan saraf seperti kesemutan, serban atau hilang daya angkat tangan atau kaki.
2. mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
3. mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).
Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan spinal alignment,
Dapat konsultasi terlebih dahulu. Sebelum membuat temujanji rawatan, dapatkan dahulu konsultasi dengan pengamal terbabit, sama ada secara berjumpa atau telefon, bagi mengetahui bagaimana cara dia menangani sakit belakang anda. Pastikan yang anda rasa selesa dengan cadangannya dan bilangan sesi yang anda harus ikuti serta tak lupa bayaran yang dikenakan. Bagi sakit belakang (pinggang) yang teruk, 4 ke 6 sesi biasanya sudah memadai.
Langkah pencegahan
Dengan sedikit penjagaan dan perhatian dapat membantu anda menghindari sakit belakang. Kekalkan berat badan yang sihat, sentiasa bersenam/beriadhah, duduk tegak bila angkat sesuatu yang berat, biarkan kaki anda yang bekerja (bukan belakang), hindari aktiviti yang melibatkan pergerakan membongkok terlalu kerap dan jika duduk atau berdiri untuk suatu jangkamasa yang lama, maka berehatlah beberapa kerap dengan berjalan-jalan sekeliling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan